Sunday, April 6, 2014

Kuasa Rindu

Rindu ni satu perkataan yang besaq maknanya.....dalam kamus dewan je ada 

tiga makna rindu....mai kita tengok.....

rindu 1 : ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang

           : perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang

           : menaruh cinta kasih

rindu 2 : (perindu ) buluh - sejenis tumbuhan /Bambusa Magica;sejenis 

             seruling

rindu 3 : kayu -sejenis tumbuhan ( pokok besar ) Milettia Albiflora

Sampai ke pokok pun ada dalam maksud rindu.....hihi

Rindu ni memberi pelbagai kesan kepada manusia......

Hang pa pernah rindu kepada seseorang sampai jadi perindu? jadi angau?

Hihi....macam2 kesan rindu ni......

Aku terpanggil untuk tukis tentang rindu ni coz tengok kesan rindu kepada 

anak ku yang no 2 dan 3 tu terhadap keluarga pengasuhnya.....

Sejak dari umur 3 bulan, Adam di hantar kepada pengasuh yang menjaga 

abangnya......kebetulan pengasuh ni memang jag anak aku sorang je......

Memang puas hati la dengan jagaannya...sampai anak yang kedua pun panggil

 mak....so adam pun diletakkan bawah jagaan yang sama......

Keluarga pengasuh aqil n adam ni pun aku dah anggap macam keluarga 

sendiri......

Aqil paling lama duduk dengan mak, 5 tahun.....aku masuk hospital kena 

denggi, aqil bermlam beberapa hari dengan mereka,aqil patah tangan n 

terpaksa berhenti tadika kerana doc tak benarkan dia lasak n bermain dengan

 kawan2 coz kecederaan tangan aqil agak serius,mak juga yang jaga.....

Nasib la ada pengasuh,kalu tak jenuh aku nak pikiaq nak letak mana aqil jika

 aku hanya letakkan aqil di taska pada masa itu.....huhu

Setelah kelahiran adam pada tahun 2012....selepas aku mula bekerja adam 

pun tinggal dengan mak....

Abg aqil di bertukar ke taska pada usia 6 tahun....mula2 tu hampir sebulan

 abg aqil menangis nak kan maknya.....tak sampai hati aku tengok setiap kali 

hantar abg aqil ke taska....but macam kawan aku kata " u hantar anak u ke

 taska,kalu dia nangis pun buat tak tau je,jangan pandang,kalu tak mesti kita

 tak sampai hati"...

Pegi tadika pun abg aqil akan diam je n berdiri ditepi tingkap sambil 

merenung keluar...air mata sentiasa meleleh.....nak nangis kuat 

malukan....herokan........

Every week kena bawa abg aqil p jumpa mak......lama2 baru la ok....

Adam tinggal dengan mak hingga umurnya 2 tahun.....masuk umur 3 tahun, 

aku pindahkan ke taska bersama kakak dan abgnya jg.......mak dah nak rehat

 daripada mengasuh......

Adam baru masuk taska bulan Februari yang lalu.....adam pun sama dengan 

abg aqil,menangis je kejenya bila dihantar ke taska....huhu,pening ibu

Bila naik keta pagi tu,dekat nak sampaitaska je mesti peluk ibu n nangis 

cakap tak nak p taska,nak p mak......huhu

Pening dibuatnya.......so kena la jadi macam abg aqil dulu,every week kena 

bawa jumpa mak.....

Tapi kes rindu adam paling teruk ialah last week......addooooiiiii

Cuti sekolah seminggu,so balik kampung......bila balik sini je,hantar adam p

 taska, dia dah mula nangis.....tak mau p taska......

Dia cakap di nak p duduk dengan mak......hantar je juga dia.....

Hari kedua adam dah batuk n demam.....lagi la buat perangai.......

Sampai ke malam dok sebut nak mak,ayah rosli,along,angah,kak mira n abg 

daniel......pening dibuatnya......

Makin hari makin teruk mengada2 si adam ni....so Sabtu lepas bawa la adam p

 rumah mak dia.......

Wah, sampai je rumah mak , terus peluh mak,pak pegi buat ayaq pun

 ikut....pendek kata mak p mana pun dia ikut....memang rindu tu.....

Peluk habis semua family mak tu....rindu sangat....

Memang nampak riak gembira dimuka adam tu......lama kami disana coz adam

 tak nak balik......

Sampai kena tipu adam la,konon2nya angah dia nak bawa dia p jalan, tapi 

sampai bawah je adam kena masuk keta ibu....

Apa lagi..teriak sakan la panggil mak dia.......

Esok pagi ahadnya,adam dah tak buat perangai dah......kalu tak, tak leh 

tinggal langsung mesti teriak.....alhamdulillah la.....

Betapa kuatnya kan kuasa rindu........

"Kalau kita rindu seseorang tu,mesti kita nak jumpa dia selalu n rasa tidak 

puas walaupun telah berjumpa dengan orang tu sebelum ini"......itu kata 

seorang kawan......

Adakah rindu itu pun satu penyakit?

Pasti setiap orang ada rasa rindukan? dan perkara yang dirindu tu pun ada 

pelbagai....ia terlalu luas n abstrak bila kita bercakap tentang rindu.....







5 comments:

  1. bagi pendapat saya rindu tu bukan penyakit..tp rindu itu pelengkap..sebab tidak lengkap hati seseorang itu kalau tidak ada perasaan rindu.. =)

    ReplyDelete
  2. Saya kata rindu tu saya penyakit kerana penyakit perlukan ubat,so sama jyga dengan rindu,mesti ada ubatnya kan?ubatnya ialah jumpa orang yang kita rindu.btl tak saiful?

    ReplyDelete
  3. betul tu pinkpurple...tapi kalau kita tak dapat jmpa dengan org yang kita rindu bagaimana pula? atau orang yang kita rindu itu telah tiada?

    ReplyDelete
  4. Hurrrmmm,kalu tak dpt jumpa org yang kita rindu tu,kena bersabar la n simpan rindu tu yea..bila dah jumpa lepas la rindu sepuas2nya.hihi.
    Bagi org yg telah tiada,setiap kali kita rindukannya,sedekah la al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  5. wah..dah ada topik baru nie...ok dah nie..teruskan berblogging..dah ada pembaca dh nie..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete