Monday, September 29, 2014

FROZEN - Let It Go Sing-along | Official Disney HD


Rasanya dah jadi kanak-kanak semula.....hihi....dok ulang tengok cite Frozen ni selagi dok ada kat Channel Astro......

Apa yang menariknya cite ni.....???? May be sebab dialognya di ucapkan dengan cara nyanyian....dan colourful sungguh cite ni....

Lagu2 dan watak2 dalam cite ni pun sungguh comel......suka,suka,suka........

Cinta hatiku juga suka sangat cite ni.....expecially si bongsu tu, Muhd Adam Azri menyanyi lagu siap meniru gaya si elsa n anna nyanyi.......





Monday, September 15, 2014

kenapa spirulina?????



APA ITU SPIRULINA?


Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina ialah sejenis rumpair berwarna biru kehijauan yang mendapat namanya daripada bentuknya yang berpilin. Ia mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, yang tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan, tumbuhan, bijirin atau herba. Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Menurut WHO “SPIRULINA” merupakan suplemen terbaik abad 21. FAO: “Spirulina adalah suplemen ideal masa depan”.

 KANDUNGAN SPIRULINA?

Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi ‘fitonutrien’ seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.

KENAPA ELKEN SPIRULINA

 100% tulen dan organik
• Makanan lengkap dengan 46 nutrien penting dalam nisbah seimbang yang memenuhi keperluan badan manusia

• Konsentrasi pekat nutrien seperti protein (asid amino), vitamin, mineral, karbohidrat, asid lemak perlu, klorofil, beta-karotena, phycocyanin dan xantofil

• Lebih daripada 10 penghormatan antarabangsa daripada badan kerajaan dan organisasi berdikari

• Sumber protein bebas kolesterol yang membentuk alkali

• Mudah dicernakan dan diserap

• Disijilkan bebas mikrosistin

Harga: 
300 tablets RM108

500 tablets RM176

1200 tablets RM391

3000 tablets RM796

 BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA
                                                                                                           AZRA
                                                                                 012-3789043 (WHATSAPP/CALL)

Tuesday, September 9, 2014

SOLAT SUNAT FAJAR




Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:


"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.