Saturday, April 26, 2014

ORANG UNGGU (PURPLE PEOPLE)

 So hari ni nak cite pasal orang purple lak.....orang purple adalah seorang 

yang seimbang dan penyembuh semulajadi,pembuka jalan,dan pendamai.....

Selain itu mereka juga mampu untuk mengubah sesuatu yang negative ke 

positive....seorang yang matang dan kuat....

Sanggup korbankan kepentingan diri sendiri apabila ada sesuatu 

mendesak......



orang purple juga mampu memberi fokus kepada apa yang 

diimpikan.....seorang yang idealist dan mementingkan kesempurnaan......

Apa jua perkara yang diberikan,pasti dilakukan dengan baik....

Seorang yang memberi ketenangan kepada orang disekelilingnya yang dalam 

kesusahan dan kesakitan....Sentiasa ada untuk orang disekelilingnya dan 

menjadi tempat mereka untuk berlindung.......



Namun begitu,sikap mereka yang terlalu mementingkan orang lain akan 

menyebakan mereka kehilangan atau tidak dapat merasai kegembiraan atau 

keseronokkan seperti orang lain.....

Amat penting orang purple untuk berfikir bagi pihak diri mereka dan memberi 

peluang kepada diri mereka untuk berehat dan bergembira dalam kehidupan 

mereka.......



Tuesday, April 22, 2014

orang orange {jingga}

Orang orange.....daripada warna pun kita dah tau yang orang orange ni 

ceria,happening dan sentiasa gembira......Suka mengambil risiko dalam 

kehidupan.......Seorang yang bersahaja dan sentiasa bersedia memberi 

respon setiap masa,banyak idea.....


Mereka mempunyai daya tahan yang tinggi dari segi fizikal dan emosi.....

Seorang yang sangat memahami dan dapat kenal pasti hati orang atau 

situasi yang mereka sedang hadapi......

Depa ni juga mempunyai rasa empati dan sensitive dalam perasaan mereka...

Dalam hubungan persahabatan depa ni lebih berminat untuk berkawan 

dengan jantina yang berbeza daripada mereka......depa rasa lebih selesa 

untuk bercerita apa saja........

kadang kala mereka tidak berfikir panjang dan mengambil tindakan yang 

tidak bertanggungjawab......

Kadang kala apabila mereka mengalami masalah dengan emosi mereka dan 

ini mengganggu mereka untuk meneruskan kehidupan....

Kisah lalu atau kenangan silam sering mengganggu mereka dalam kehidupan 
sekarang..........

orang pink

Orang pink ni seorang yang senitive,baik,murah hati. Mereka juga mempunyai 

gerak hati yang mendalam....

.Sahabat yang sangat berharga.....

Pink people sangat lembut hati dan menjaga 

orang yang mereka sayang....

Seorang yang penyayang tetapi tegas....Mudah 

merasa apa yang orang lain rasa. Dalam kata 

lain mereka dapat meletakkan diri mereka dan 

meresa apa yang orang lain rasa jika orang itu 

mengalami masalah.....


.Sentiasa positive dan cenderung untuk bersyukur dengan apa 

yang mereka ada daripada memikirkan apa yang mereka kurang.....

Jika anda tergolong dalam orang pink,hanya satu yang anda perlukan,,,,iaitu 

kasih sayang.....

Kadang kala kebaikan dan kasih sayang orang pink ni diambil kesempatan 

oleh sesetengah orang........mereka lemah dan mudah tersinggung apabila 

dipertikaikan tentang nilai, kemampuan mereka untuk kehidupan yang lebih 

baik.......dan mereka bukanlah orang pertama yang akan berkata TIDAK 

dalam kehidupan......


Saturday, April 19, 2014

Orang merah (red people)

Merah itu menawan,merah itu garang......hurrrrmmm..macam2 yang orang 

kaitkan dengan warna merah. But topic yang ingin aku citekan ialah tentang 

orang yang mengemari warna merah.....hihi...ni berdasarkan apa yang telah 

aku baca la....k

orang merah ni mempunyai kesihatan yang baik,bertenaga,aktif 

orangnya,licah dan peramah,dan bersemangat.......mereka seperti motivator 

kerana sering memberi semangat dan kuasa untuk perubahan kepada yang 

lebih baik....


Mereka seorang  pencinta dan mempunyai keghairahan dalam cinta. Selain itu 

depa ni juga baik hati,seorang yang sanggup berkorban diri dan kadang kala 

suka memiliki serta cemburu.......


Orang merah ni jenis praktikal cekap. Sikap ini membuatkan mereka sering 

berjaya dalam setiap perkara yang mereka laksanakan. Mereka jarang 

kekeringan idea.....pasti ada sahaja idea timbul dalam minda mereka dan 

tidak melakukan sesuatu kerja hanya separuh jalan.

Tapi orang merah ni kadang kala keras kepala dan tidak berfikir dahulu 

sebelum bertindak...Ini kerana mereka ni kurang bersabaq....

mereka suka wang dan kebendaan...kadang kala ini akan membuatkan 

mereka menjadi hamba duit......



Emosi orang merah pula dipenuhi dengan rasa kemarahan,kekecewaan,dan 

kejam.....

Aristotle pernah berkata:

Semua orang boleh menjadi pemarah- itu mudah tetapi untuk marah pada orang yang betul,tahap yang betul dan sebab yang betul - itu amat sukar

Kecewa,dan pemarah sering dikaitkan dengan orang merah....

Tapi seorang kawan aku pernah menyatakan bahawa jika seseorang tu 

memakai pakaian dari atas samapai ke bahawa orang itu mempunyai 

penyakit psikologi........

Thursday, April 17, 2014

Public speaking

Hari Khamis 17/4/2014 sekolah aku menjadi

tuan rumah untuk pertandingan akhir public

speaking daerah klang..rasanya first time kot

sekolah aku jadi tuan rumah untuk

pertandingan public speaking daerah klang

ni...So semua ajk untuk majlis ni telah

disenaraikan.

Aku kena bertugas sebagai ajk hadiah.aduh.

kena dok atas pentas la pulak...

Bila melibatkan pentas ni,otak terus berfikir

"baju".aduh nak pakai baju apa pulak...

Fikir punya fikir,akhirnya warna pink lah.

maklum la berpanas dua hari utk netball,rupa

dah teruk sunburn..kena cari warna yang

lembut2 la.kalu tak,dah rupa apa ntah.huhu

Pada pagi tu,yang penting sekali ialah jaga

perut la,apa lagi breakfast first.hihi..

Aduh kantin sekolah aku macam x ada menu

lain,bihun goreng.adooooiiii

Kena makan la juga.

Sebelum acara bermula,ketua panitia bahasa

inggeris memberikan sedikit taklimat kepada

aku,maklum la 2 hari tak ada kat school.

Bila pandang semua muka peserta,mana rupa

budak melayu ni,yang ada cuma murid india

n cina je.at the end,ada juga sorang budak

melayu perempuan..

Semua peserta mempunyai kekuatan pada isi

topic mereka but yang membezakan

kekuatan mereka ialah cara penyampaian

dan grammer mereka..

Sesi pertama berakhir,peserta diberi rehat 30

minit sebelum sesi kedua bermula.untuk sesi

kedua,peserta akan di kuarantin,kerana para

peserta akan diberi tajuk yang sama.

Tajuk yang diberi ialah "kesan buruk junk

food"

Namun begitu kebanyakkan peserta bercakap

tentang "kesan buruk fast food".hanya

beberapa orang yang bercakap kena dengan

tajuk..

Hurrmmm.disini dah membezakan markah

untuk peserta...

Dari segi pemerhatian aku.sudah pasti pelajar

dari SK 1Simpang Lima akan jadi johan.

Setelah selesai semua peserta

mempersembahkan speach masing2,judge

bergerak ke bilik komputer untuk

berbincang n menambah markah bagi

mengetahui sapa pemenangnya.

Now tugas aku akan bermula,so kena

bersedia di atas pentas la.Judge dah kembali

semula ke dalam dewan.Penyampaian

hadiah dimulakan.

Seperti dijangka pelajar lelaki dr sk 1 simpang

lima bergelar juara.Congrat to all winners.

cewah2 speaking london gitu.

Pengalaman.yang menarik apabila menjadi

tuan rumah untuk program bahasa inggeris.

Sunday, April 13, 2014

Warna dalam kehidupan

Warna or org kita lebih suka sebut colour.

telah wujud dalam hidup kita sedari dulu lagi.

Sedari dulu lagi juga manusia percaya warna

dapat menjadi penawar kepada minda dan

badan kita...ye la kan kalu tak,mana mungkin

ada perubatan berasaskan terapi warna.hihi

Untuk pengetahuan hang pa,bukan saja mata

kita ni saja yang sensetif terhadap warna,sel

dalam badan kita juga sensetif terhadap

warna,..

Warna mempengaruhi cara kita berfikir dan

perasaan kita..

Terdapat kajian yang menunjukkan warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood kita.selain itu warna juga mengambarkan karektor seseorang individu berdasarkan warna kegemaran mereka... Banyak maklumat yang boleh kita peroleh berdasarkan melihat warna kegemaran seseorang,nanti aku cite satu persatu k.. Selain itu warna di dinding,baju,dan persekitaran kita juga amat mempengaruhi kehidupan kita.. Tunggu setiap post aku yea..aku akan cuba cite kan karektor individu,ibu bapa,anak berdasarkan warna kegemaran mereka...

Tuesday, April 8, 2014

Minggu pusat sumber sejarah thun 4

Minggi ni adalah minggu pusat di sekolah aku.

Hari ini merupakan minggu pusat sumber

mata pelajaran sejarah.aktiviti yang menarik

.iaitu lakonan tentang sejarah di malaysia..

Bayngkan murid tahun 4 nak berlakon.masa

Pun terhad untuk depa berlatih..

Aduhhhh.macam2 gaya ada.ada kumpulan

yang sekadar baca dialog,hihi.dah la baca

dialog je,share lak kertas dialog tu..pening

betul,

Nasib la kelas yang berlakon n mempunyai

props yang menarik,

Kebanyakkan semangat nak berlakon bila di bawah,tapi bila dah naik kat atas,jadi malu dan kaku..hahaha Aku sebagai juri,dah tak larat nak bantai gelak. Haha,betul2 boleh jadi ubat untuk awek muda macam ni, Tak sabaq lak nak tunggu minggu pusat sumber muzik pada hari jumaat ni.. Nak tengok penyanyi tahun 4.. Let karaoke this friday...

Sunday, April 6, 2014

Sayang,sayang,sayang

Sebelum ni kita cite pasal rindu,apa kata kita

cite pasal sayang pulak.hihi...

Kali ni tak ada la maksud sayang daripada

Kamus Dewan,hihi..coz kamus tak ada di

hadapan aku...

Adakah dengan mengucapkan "saya sayang

awak" itu dah menunjukkan kita sayang pada

seseorang..

Pada pandangan aku,sayang tu tak

semestinya dengan ucapan sahaja je kot..

Macam2 cara ada untuk menunjukkan rasa

sayang kepada orang yang kita sayang..sapa

setuju angkat tangan.hihi

Selalu kita dengar dialog ni

Si A : "awak tak sayang saya ke?

Si B : "sayang,pasai pa awak kata macam tu?"

Si A : " ye la,selama ni awak tak cakap pun

           yang awak sayang saya"

Betul tak?

Namun begitu ada seorang kakak ni ada

berpesan pada ku "sayangi diri kita dahulu

sebelum nak orang sayang kita dan jangan

sayangi orang lain lebih daripada kita sayangi

diri kita..kerana jika kita dilukai oleh orang tu

kita akan ambik masa untuk bangkit semula"

Dia cakap berdasarkan pengalaman hidupnya

Yang menyayangi seseorang tu lebih daripada

dirinya,,huhu..

So u alls ingat yea sayangi diri hang pa dulu

sebelum hang pa nak orang lain sayangi diri

hang pa,..hihi..

Kuasa Rindu

Rindu ni satu perkataan yang besaq maknanya.....dalam kamus dewan je ada 

tiga makna rindu....mai kita tengok.....

rindu 1 : ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang

           : perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang

           : menaruh cinta kasih

rindu 2 : (perindu ) buluh - sejenis tumbuhan /Bambusa Magica;sejenis 

             seruling

rindu 3 : kayu -sejenis tumbuhan ( pokok besar ) Milettia Albiflora

Sampai ke pokok pun ada dalam maksud rindu.....hihi

Rindu ni memberi pelbagai kesan kepada manusia......

Hang pa pernah rindu kepada seseorang sampai jadi perindu? jadi angau?

Hihi....macam2 kesan rindu ni......

Aku terpanggil untuk tukis tentang rindu ni coz tengok kesan rindu kepada 

anak ku yang no 2 dan 3 tu terhadap keluarga pengasuhnya.....

Sejak dari umur 3 bulan, Adam di hantar kepada pengasuh yang menjaga 

abangnya......kebetulan pengasuh ni memang jag anak aku sorang je......

Memang puas hati la dengan jagaannya...sampai anak yang kedua pun panggil

 mak....so adam pun diletakkan bawah jagaan yang sama......

Keluarga pengasuh aqil n adam ni pun aku dah anggap macam keluarga 

sendiri......

Aqil paling lama duduk dengan mak, 5 tahun.....aku masuk hospital kena 

denggi, aqil bermlam beberapa hari dengan mereka,aqil patah tangan n 

terpaksa berhenti tadika kerana doc tak benarkan dia lasak n bermain dengan

 kawan2 coz kecederaan tangan aqil agak serius,mak juga yang jaga.....

Nasib la ada pengasuh,kalu tak jenuh aku nak pikiaq nak letak mana aqil jika

 aku hanya letakkan aqil di taska pada masa itu.....huhu

Setelah kelahiran adam pada tahun 2012....selepas aku mula bekerja adam 

pun tinggal dengan mak....

Abg aqil di bertukar ke taska pada usia 6 tahun....mula2 tu hampir sebulan

 abg aqil menangis nak kan maknya.....tak sampai hati aku tengok setiap kali 

hantar abg aqil ke taska....but macam kawan aku kata " u hantar anak u ke

 taska,kalu dia nangis pun buat tak tau je,jangan pandang,kalu tak mesti kita

 tak sampai hati"...

Pegi tadika pun abg aqil akan diam je n berdiri ditepi tingkap sambil 

merenung keluar...air mata sentiasa meleleh.....nak nangis kuat 

malukan....herokan........

Every week kena bawa abg aqil p jumpa mak......lama2 baru la ok....

Adam tinggal dengan mak hingga umurnya 2 tahun.....masuk umur 3 tahun, 

aku pindahkan ke taska bersama kakak dan abgnya jg.......mak dah nak rehat

 daripada mengasuh......

Adam baru masuk taska bulan Februari yang lalu.....adam pun sama dengan 

abg aqil,menangis je kejenya bila dihantar ke taska....huhu,pening ibu

Bila naik keta pagi tu,dekat nak sampaitaska je mesti peluk ibu n nangis 

cakap tak nak p taska,nak p mak......huhu

Pening dibuatnya.......so kena la jadi macam abg aqil dulu,every week kena 

bawa jumpa mak.....

Tapi kes rindu adam paling teruk ialah last week......addooooiiiii

Cuti sekolah seminggu,so balik kampung......bila balik sini je,hantar adam p

 taska, dia dah mula nangis.....tak mau p taska......

Dia cakap di nak p duduk dengan mak......hantar je juga dia.....

Hari kedua adam dah batuk n demam.....lagi la buat perangai.......

Sampai ke malam dok sebut nak mak,ayah rosli,along,angah,kak mira n abg 

daniel......pening dibuatnya......

Makin hari makin teruk mengada2 si adam ni....so Sabtu lepas bawa la adam p

 rumah mak dia.......

Wah, sampai je rumah mak , terus peluh mak,pak pegi buat ayaq pun

 ikut....pendek kata mak p mana pun dia ikut....memang rindu tu.....

Peluk habis semua family mak tu....rindu sangat....

Memang nampak riak gembira dimuka adam tu......lama kami disana coz adam

 tak nak balik......

Sampai kena tipu adam la,konon2nya angah dia nak bawa dia p jalan, tapi 

sampai bawah je adam kena masuk keta ibu....

Apa lagi..teriak sakan la panggil mak dia.......

Esok pagi ahadnya,adam dah tak buat perangai dah......kalu tak, tak leh 

tinggal langsung mesti teriak.....alhamdulillah la.....

Betapa kuatnya kan kuasa rindu........

"Kalau kita rindu seseorang tu,mesti kita nak jumpa dia selalu n rasa tidak 

puas walaupun telah berjumpa dengan orang tu sebelum ini"......itu kata 

seorang kawan......

Adakah rindu itu pun satu penyakit?

Pasti setiap orang ada rasa rindukan? dan perkara yang dirindu tu pun ada 

pelbagai....ia terlalu luas n abstrak bila kita bercakap tentang rindu.....







Friday, April 4, 2014

LADAP

LADAP, LADAP, LADAP.............

Untuk hang pa yang tak tau apa itu LADAP.....itu adalah short form untuk 

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN.........

Aktiviti yang menggangu hari Sabtu ku....huhu

Ni pun tengah menghadiri LADAP....

Hurrrrmmmmmm.............what to do.....

Aktiviti hari ni kami kena isi data dalam SPS short form for Sistem Pengurusan

 Sekolah.......berapa banyak data la nak isi....huhu.....

Sistem ni satu Malaysia guna....so bila klik kat bahagian kelas yang 

diajaq...perrhhh punya la belambak nama kelas yang keluaq....jenuh nak 

pilih....last2 aku pilih kelas tahun 4 je...haha...

Kalu tak isi tak dapat la tanda ( rait ) kat tepi nama kita tu.....haaiizzzz

Kat sekolah aku ni LADAPnya terlalu formal rasanya.....

Kalu kat sekolah kawan aku,LADAPnya aktiviti lagi menarik.......

*cara belajar buat cake, cara menjahit baju....dan mcm2 lagi....best kan...

kenapa la sekolah aku tak buat macam tu....huhu....pasti bersemangat aku 

nak p LADAP.....haha....

Ni dah siap isi SPS.......tapi tak leh balik lagi coz nak dengaq taklimat guru

 besaq pulak.....adooiiiii

Got to go now....nak dengaq taklimat guru besaq aku ni.....