Monday, December 22, 2014

Si Comelku

Suka betul saya dengan benda yang comel,

,cantik,sedap..hihi

Salah satu menu yang paling aku suka buat

ialah apam polkadot coz they really cute n

yummy..Tanggal 20/12/2014 kawanku

mengadakan majlis kahwin puteri sulungnya.

Dia telah meminta saya membuat 400 biji

apam polkadot utnuk majlis tersebut.Syukur

n happy coz bertambah customer ku yang

meminati rasa apam polkadot aku...

Terima kasih kepada Kak Tas kerana memberi

peluang perniagaan kepadaku..Syukran

jazilan.

Monday, September 29, 2014

FROZEN - Let It Go Sing-along | Official Disney HD


Rasanya dah jadi kanak-kanak semula.....hihi....dok ulang tengok cite Frozen ni selagi dok ada kat Channel Astro......

Apa yang menariknya cite ni.....???? May be sebab dialognya di ucapkan dengan cara nyanyian....dan colourful sungguh cite ni....

Lagu2 dan watak2 dalam cite ni pun sungguh comel......suka,suka,suka........

Cinta hatiku juga suka sangat cite ni.....expecially si bongsu tu, Muhd Adam Azri menyanyi lagu siap meniru gaya si elsa n anna nyanyi.......





Monday, September 15, 2014

kenapa spirulina?????



APA ITU SPIRULINA?


Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina ialah sejenis rumpair berwarna biru kehijauan yang mendapat namanya daripada bentuknya yang berpilin. Ia mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, yang tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan, tumbuhan, bijirin atau herba. Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Menurut WHO “SPIRULINA” merupakan suplemen terbaik abad 21. FAO: “Spirulina adalah suplemen ideal masa depan”.

 KANDUNGAN SPIRULINA?

Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi ‘fitonutrien’ seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.

KENAPA ELKEN SPIRULINA

 100% tulen dan organik
• Makanan lengkap dengan 46 nutrien penting dalam nisbah seimbang yang memenuhi keperluan badan manusia

• Konsentrasi pekat nutrien seperti protein (asid amino), vitamin, mineral, karbohidrat, asid lemak perlu, klorofil, beta-karotena, phycocyanin dan xantofil

• Lebih daripada 10 penghormatan antarabangsa daripada badan kerajaan dan organisasi berdikari

• Sumber protein bebas kolesterol yang membentuk alkali

• Mudah dicernakan dan diserap

• Disijilkan bebas mikrosistin

Harga: 
300 tablets RM108

500 tablets RM176

1200 tablets RM391

3000 tablets RM796

 BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA
                                                                                                           AZRA
                                                                                 012-3789043 (WHATSAPP/CALL)

Tuesday, September 9, 2014

SOLAT SUNAT FAJAR




Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:


"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.





Friday, July 25, 2014

Kasut raya

Hurrrmmmm..kasut raya,mmg susah nak beli.

aku ni memilih dah sepasal lepas tu kaki aku

pulak kurus kurang isi,so ssh la nak beli

patern kasut tertentu.firstly masa g survey

dgn en husband,berkenan kasut sembonia.tp

as usual.size x ada.tinggal size besaq saja.

huhu..so plan esoknya p la jj bkt raja lak.utk

mencuba nasib kot ada size kat sana.

Walau bagaimanapun,tetap hampa.huhu

So usya la kasut lain.hati terpaut pada cik biru

polo santa babra.harap ada la size.

Bila minta sale personal tu cari size,jwpnnya

dah hbs yg baru.tinggal yg display.huhu

Nak buat mcm mana ambik je la..

Sebelah mlmnya tunjuk la kat en husband

kasut yg baru dibeli...sembang punya

sembang ntah bila aku terlelap..zzzzzz

Bgn awai pagi terus buat sahur utk family.

goreng mee sanggul.

Masa makan tu anak ku berkata "ibu ni mcm

bdk2 la,tido pun nak pakai kasut baru"

Ya allah rupNya aku tido dgn kasut raya

semlm,hihi

Friday, May 9, 2014

Tip Fesyen Evergreen yang Anda Perlu Tahu.....

Sebut tentang fesyen....hhuuurrrrmmm....semua orang akan berfikirkan 

tentang itu setiap kali berdiri depan cerminkan....asal nak keluar rumah 

je...penat nak fikir nak pakai baju apa,tudung,ikut atau lepaskan je 

rambut,kasut,handbag dan sebagainya........termasuklah diri aku 

ni...haaaiiiizzzz asal nak keluar je,penat nak pikiaq......

Bila dah pening tu....cuba tarik nafas dan lepaskan.......

Ada kalanya sesuatu yang asas tu oleh menyumbang kepada penampilan 

yang menarik...kalu tak percaya,cuba la......di bawah ni ada beberapa tips 

yang akan membantu anda. Mudah, ringkas dan senang dipraktikkan....



1. Berfikiran terbuka

    Kadang kala kita tengok sehelai baju tu teringin...tapi terdetik kat hati 

menyatakan yang baju tu tak sesuai untuk kita....apa kata anda cuba dulu di 

fitting room.lepas tu baru tau sama ada ia sesuai untuk anda tau sama ada 

ia sesuai untuk anda atau tidak....jelas dan nyata di depan mata....



2. Gandakan koleksi

kalu dah rasa design pakaian tu sesuai dengan anda,perbanyakkan koleksi 

tu,tak salah pun.....


3. Gayakan skaf

bila anda memakai baju yang simple, cuba lilitkan skaf dibahagian leher dan 

dada....sekelip mata ia akan merubah gaya anda menjadi stylo...




4. ukur panjang seluar

apabila mengenakan seluar,pastikan beza seluar 1/2 sehingga 3/4 inci 

daripada lantai tak kira sama ada menyarungkan flat shoes or bertumit 

tinggi.... 



5. pakai belang-belang

corak belang-belang adalah cara klasik untuk digayakan....belang yang 

berselang- selikan dengan warna putih pasti menyerlah...



6. lihat setiap sisi

bila dah siap berpakaian,biasakan diri untuk melihat setiap sudut badan 

anda,jangan hanya tengok bahagian hadapan sahaja....



7. elemen kejutan

jika anda memakai jaket or gaun formal,cuba gabungkan dengan aksesori 

seperti rantai dan tali pinggang yang kontra warnanya serta bentuk...memang 

 but lihat hasilnya...



8. sarungkan denim

 jika ragu-ragu, sarungkan saja denim coz ia sesuai untuk digayakan ke mana 

sahaja...




9. bergaya ikut badan, bukan umur..

siapa kata semakin bertambah usia tidak boleh bergaya? Bergaya tidak 

seharusnya terletak pada usia sebaliknya mengikut tubuh. Selagi mengikut 

dengan bentuk tubuh , mengapa tidak....?


Blue people ( orang biru )

Orang biru adalah pendiam dan berfikir untuk diri mereka sahaja....mereka 

seorang yang kuat dan berdikari....sikap mereka ini menyebabkan mereka 

sering menjadi penunjuk dan sumber kekuatan dalam sesuatu kumpulan atau 

komuniti......

Mereka seorang yang berterus terang, jujur dan sering menyatakan pendapat 

mereka dan menjaga orang yang mereka sayangi......Mereka bermurah hati 

dalam memberi perkhidmatan dan sentiasa mahukan keamanan......



Logik,rasional, dan reasonable itu lah orang biru....Mereka ialah orang yang 

boleh diharap dalam membuat keputusan....but depa ni kadang kala kedekut 

untuk share idea dengan orang lain....

namun begitu mereka selalu merasakan mereka tidak memerlukan orang 

untuk membantu mereka sedangkan mereka kadang kala memerlukannya...ini 

menyebakan mereka rasa keseorangan dan murung......

mereka sering memikirkan tentang diri mereka dan suka membuat peraturan 

sendiri......

Green people (orang hijau)

Orang hijau ni seorang yang jujur, baik hati dan mudah untuk berhubung 

dengan orang lain....hahaha mesti ramai yang nak mengaku depa ni orang 

hijau...

Kebanyakan keputusan yang dibuat oleh orang hijau ni adalah berdasarkan 

hati dan perasaan mereka berbanding logik.....mereka juga seorang yang 

mengambil berat tentang orang lain....



Namun begitu dalam proses  membuat keputusan kadang kala menyebabkan 

mereka stress....Mereka juga memerlukan motivasi daripada orang dikeliling 

mereka ini kerana jika tidak mereka akan malas dan lambat mengambil 

tindakan dalam sesuatu perkara......

Dan berhati2 kerana orang hijau ni akan berasa jelous bila ada orang 

dikelilingnya yang lebih berjaya....

Saturday, April 26, 2014

ORANG UNGGU (PURPLE PEOPLE)

 So hari ni nak cite pasal orang purple lak.....orang purple adalah seorang 

yang seimbang dan penyembuh semulajadi,pembuka jalan,dan pendamai.....

Selain itu mereka juga mampu untuk mengubah sesuatu yang negative ke 

positive....seorang yang matang dan kuat....

Sanggup korbankan kepentingan diri sendiri apabila ada sesuatu 

mendesak......



orang purple juga mampu memberi fokus kepada apa yang 

diimpikan.....seorang yang idealist dan mementingkan kesempurnaan......

Apa jua perkara yang diberikan,pasti dilakukan dengan baik....

Seorang yang memberi ketenangan kepada orang disekelilingnya yang dalam 

kesusahan dan kesakitan....Sentiasa ada untuk orang disekelilingnya dan 

menjadi tempat mereka untuk berlindung.......



Namun begitu,sikap mereka yang terlalu mementingkan orang lain akan 

menyebakan mereka kehilangan atau tidak dapat merasai kegembiraan atau 

keseronokkan seperti orang lain.....

Amat penting orang purple untuk berfikir bagi pihak diri mereka dan memberi 

peluang kepada diri mereka untuk berehat dan bergembira dalam kehidupan 

mereka.......



Tuesday, April 22, 2014

orang orange {jingga}

Orang orange.....daripada warna pun kita dah tau yang orang orange ni 

ceria,happening dan sentiasa gembira......Suka mengambil risiko dalam 

kehidupan.......Seorang yang bersahaja dan sentiasa bersedia memberi 

respon setiap masa,banyak idea.....


Mereka mempunyai daya tahan yang tinggi dari segi fizikal dan emosi.....

Seorang yang sangat memahami dan dapat kenal pasti hati orang atau 

situasi yang mereka sedang hadapi......

Depa ni juga mempunyai rasa empati dan sensitive dalam perasaan mereka...

Dalam hubungan persahabatan depa ni lebih berminat untuk berkawan 

dengan jantina yang berbeza daripada mereka......depa rasa lebih selesa 

untuk bercerita apa saja........

kadang kala mereka tidak berfikir panjang dan mengambil tindakan yang 

tidak bertanggungjawab......

Kadang kala apabila mereka mengalami masalah dengan emosi mereka dan 

ini mengganggu mereka untuk meneruskan kehidupan....

Kisah lalu atau kenangan silam sering mengganggu mereka dalam kehidupan 
sekarang..........